Monday, July 21, 2014

Semburan racun organik

Salam alykk,, rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan selamat beramal di bulan Ramadhan ini, walaupun Ramadhan berbaki beberapa hari lagi. Sempena ramadhan dan raya ni saya nak share baja semburan dan kawalan perosak bagi natural farming. Semua info ini saya dapat dari Bahagian Hortikultur, Jabatan Pertanaian Malaysia. Al maklumlah selepas raya mesti banyak sisa2 makanan yang tak hbs, termasuklah duit kan. So sebagai langkah penjimatan bagi Gardeners saya sharekan resepi mudah untuk kegunaan semua. Hari ini penulisan skema sikit ceh....:

A) Kawalan Perosak 

-Lalat Putih 
Bahan:
1 ulas bawang putih
1 liter air
cara:
blend bawang putih dan air, dan tapis air kisaran. Sembur pada waktu pagi dan ulangkan jika perlu.

-Aphids
Bahan:
100 gm sabun buku cap kapak (bukan promote eh) hahaha
10 liter air tanpa klorin
cara:
racikan sabun dan masukan ke dalam 2 liter air dan masakkan hingga larut. Then campurkan lebihan air lagi ke dalam bekas yang sesuai. Cara guna semburkan 400 ml air sabun ke dalam pam penyembur yang mengandungi 18 liter air tanpa klorin, kalau nak pakai ckit pandai-pandai lah anggar yer. Semburan di lakukan pada waktu tengahari.

-Kawalan Hama dan kutu trip
Bahan: 30-40 biji cili api (Jangan plak sebab nak buat benda ni beklana cili kat rumah dihabiskan hahaha)
-20 liter air 
Cara:
cili api dicampur dengan air dan dan dikisar dan tapis. Air kisaran kemudian dicampur ke dalam 20 liter air.

-Oriental Herbal Nutirents (untuk kawalan kulat dan kulapuk downy + antraknos
bahan:
1kg bawang putih atau 1kg halia
kertas putih a.k.a kertas mahjong
tali dan bekas plastik yang sesuai.
cara 
bawang putih atau halia dibuang kulit dan mayang. Gaul bahan tersebut bersama gula merah dan masukan kedalam bekas plastik. Tutp dengan kertas putih dan ikat sekeliling dengan tali. Biarkan selama seminggu barulah dapat digunakan, tapis dulu sebelum guna.
cara nak guna:
20 ml larutan dicampurkan denagn 18 liter air tanap klorin dan disembur pada tanaman. 

so selamat mencuba, untuk baja nanti saya bagi lepas raya tak pun sapa2 yang nak tinggalkan mesej kat bawah or bagi email nanti saya forwardkan papmlet pdf kepada anda.. selamat bertani secara organik... go greeen ...=)

(Sumber: Hortikultur, jabatan pertanian)