Thursday, October 22, 2015

P.A.O.K and Nelumbo

Alhamdulillah, my first PAOK rose flower dah berkembang, well bunga sulung so agak kecil n jauh dari saiz sebenar. Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi bunga ni antaranya stress, baja dan cuaca. So kita tunggu bunga2 seterusnya. Harap tak kene penyakit kanker n rose dieback lah. Hopefully. Satu yang dari Cameron Highland tu dah kiok, this may be due to weather. Sebab lately hujan saje kat kg dan saya hnya ada seminggu sekali untuk cek pokok bunga tu so penyakit kalau tak di kawal dari awal jwbnyer mati and rugi of course. Nasib rose Neon n othello sempat diselamatkan. Bunga teratai putih pun tengah berkembang, bau dia wangi tpi pollinator tak banyak. Biji dia selalu tak lekat hurm... i wonder kenapa cik kelulut yng dibela tak pergi hinggp ke teratai nan indah ini. Enjoy the pic.


my first flower of Princess Alexandra of kent. Bunga masih lagi kecil and due to stress

White nelumbo, yess



Tuesday, October 6, 2015

Graham thomas and othello

Uihhh awat banyak sangat sawang ni.. haha. Terlampau sibuk dengan kerja dan aktiviti harian sampai tak sempat nak update blog, sadly my Graham thomas dah mati, tinggal othello je. Currently tngah study pasal rose gardening, especially english roses, kat rumah ada 4 pasu roses, 2 climber, dan 2 lagi shrubs, yang thu id hnya neon n othello. Sekarang tengah tunggu Princess of Alexandra of Kent dengan mini eden yang baru dibeli. In the meantime jugak tengah study pasal fertilizer n banyak post dekat FB dok share this is the best fert! and what so ever. But the truth is the NPK ratio pun tak disertakan sekali. For novice gardener, NPK ratio sangat penting sebab dari situ kita thu which fert yang boleh guna untuk induced flowering dan yang mana untuk daun. Roses ni manja n makan banyak so duit memang kering, haha.  Sekarang saya guna RES (Rinson Epsom Salt) nak tahu boleh sila pergi ke FB Mr Rinson. Tapi RES bukanlah fertlizer, hanya sekadar inducer utk plant absorbs nutrients in the soils. 

PAOK yang dalam perjalanan:

PAOK
Sekarang pun saya tengah testing baja-baja yang disyorkan oleh rakan-rakan gardener seperti norinsgarden dan sweetiesaqi. Still learning and learning. Info2 berkaitan baja dan penjagaan akan saya update dari semasa ke semasa. InsyAllah. 

Sunday, March 1, 2015

Musim Roses


Salam alyyk, sekrang ni dok meroyan rose plak dah, memnag dah lame cte2 nak tanam rose, esp english n climber rose, ala2 english garden. Then cari2 kat fb sape yang dapat jual jenis climber ni then ada rakan suggest satu fb penjual roses. Memang rambang mata di buatnya nak pilih climber roses. However due to my mom request nk colour yng bright2 so i have to pick othello satu for my mom. Tapi for me i choose graham thomas, Kuning diraja cair (ader ker colour ni?).  So untuk memuaskan hati lagi terbaca kat Laman impiana bagi bulan March ada tunjuk set ikea Askholmen set yng agak menarik perhatian, so decide nk beli ni utk roses yang akan sampai. Hopefully.....

ni othello for my mom... love you mom! (Source: google)


Graham thomas.. okey la kan. warna lembut ckit (Source: google)
Askholmen trellis n flower box... ntah2 pergi ikea dah hbs stock.. =( (Source: google)








Monday, July 21, 2014

Semburan racun organik

Salam alykk,, rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan selamat beramal di bulan Ramadhan ini, walaupun Ramadhan berbaki beberapa hari lagi. Sempena ramadhan dan raya ni saya nak share baja semburan dan kawalan perosak bagi natural farming. Semua info ini saya dapat dari Bahagian Hortikultur, Jabatan Pertanaian Malaysia. Al maklumlah selepas raya mesti banyak sisa2 makanan yang tak hbs, termasuklah duit kan. So sebagai langkah penjimatan bagi Gardeners saya sharekan resepi mudah untuk kegunaan semua. Hari ini penulisan skema sikit ceh....:

A) Kawalan Perosak 

-Lalat Putih 
Bahan:
1 ulas bawang putih
1 liter air
cara:
blend bawang putih dan air, dan tapis air kisaran. Sembur pada waktu pagi dan ulangkan jika perlu.

-Aphids
Bahan:
100 gm sabun buku cap kapak (bukan promote eh) hahaha
10 liter air tanpa klorin
cara:
racikan sabun dan masukan ke dalam 2 liter air dan masakkan hingga larut. Then campurkan lebihan air lagi ke dalam bekas yang sesuai. Cara guna semburkan 400 ml air sabun ke dalam pam penyembur yang mengandungi 18 liter air tanpa klorin, kalau nak pakai ckit pandai-pandai lah anggar yer. Semburan di lakukan pada waktu tengahari.

-Kawalan Hama dan kutu trip
Bahan: 30-40 biji cili api (Jangan plak sebab nak buat benda ni beklana cili kat rumah dihabiskan hahaha)
-20 liter air 
Cara:
cili api dicampur dengan air dan dan dikisar dan tapis. Air kisaran kemudian dicampur ke dalam 20 liter air.

-Oriental Herbal Nutirents (untuk kawalan kulat dan kulapuk downy + antraknos
bahan:
1kg bawang putih atau 1kg halia
kertas putih a.k.a kertas mahjong
tali dan bekas plastik yang sesuai.
cara 
bawang putih atau halia dibuang kulit dan mayang. Gaul bahan tersebut bersama gula merah dan masukan kedalam bekas plastik. Tutp dengan kertas putih dan ikat sekeliling dengan tali. Biarkan selama seminggu barulah dapat digunakan, tapis dulu sebelum guna.
cara nak guna:
20 ml larutan dicampurkan denagn 18 liter air tanap klorin dan disembur pada tanaman. 

so selamat mencuba, untuk baja nanti saya bagi lepas raya tak pun sapa2 yang nak tinggalkan mesej kat bawah or bagi email nanti saya forwardkan papmlet pdf kepada anda.. selamat bertani secara organik... go greeen ...=)

(Sumber: Hortikultur, jabatan pertanian)









Sunday, February 23, 2014

Al kisah VERBENA

Salam,,
Nak dibuatkan cerita, sje gatal tangan nak survey stu website jual benih online overseas and belek-belek verbena, Ingat nak belek je but then sangkut plak dah. Btw dulu ade semai benih verbena but then tak germinate disebabkan hujan yang melampau tanah (Salah Pilih Time untuk menyemai benih), so buanglah tanah tu ke tepi pagar. Suddenly after one month tngok ade anak benih ala2 cosmos, then biarkan aje. Suddenly balik semalam pokok tu dah keluarkan bunga purple, selidik2 rupenyer Verbena purple yang di semai haritu. Alhamdulillah.






Bunga dia mcmnie lah, tak sempat nak ambik pic


So nak buat kan cter orderlah 3 jenis lagi untuk try nak jdikan border plant, hopefully lah..:



Sunday, February 16, 2014

Day lily???

Salam Alyk.. buka-buka blog kebunbahagia terus jelous tengok daylily yang di upload.. So disebabkan daylily kat rumah pun tengah mekar n memberi kejutan kepada gardener semalam. Daylily ni beli dari diana jgak and tanam kat area full sun. Malas nak tulis panjang-panjang so disertakan di bawah gambar daylily ku..=)

Puas hti bila bunga yang di tanam meberi kuntuman indah...=)

Tuesday, December 24, 2013

Kelulut dan pendebungaan

Kelulut atau nama saintifiknya Trigona sp. Adalah sejenis lebah yang biasa di temui di kampung-kampung dan hutan di Malaysia. Sekarang ni kat Malaysia hangat dibincangkan tentang madu kelulut nie. Kepentingan lebah kelulut di rumah??? Sebelum nie agak serabut dengan kelulut ni tapi bila baca artikel dalam majalah cambah keluaran Jabatan Pertanian, agak tertarik dengan artikel yang di terbitkan. Lebah kelulut ni bagus untuk menjadi agen pendebungaan , dengan saiz yang lebih kecil berbanding lebah biasa dan juga keistimewaannya ia tidak mempunyai sengat (tidak berbahaya) so kalau berminat nak cube bela lebah kelulut ni kat kebun yg kecil2 untuk jdi agen pendebungaan so boleh lah rujuk ke Jabatan Pertanian terdekat dengan kawasan anda…=) hasil sayur dan buah meningkat +++ dapat madu free.

so for more information sila klik link untuk majalah cambah: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.131398570383085.1073741831.115564158633193&type=1
 enjoy reading guys...=)

Source: http://www.gayatravel.com.my